Kursus TVET
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN LANDSKAP (KEP.)

BLM

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA, MELAKA

Pengenalan Kursus

Program Sarjana Muda Pengurusan Landskap (Kepujian) dirangka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam merancang, mengurus serta memelihara persekitaran landskap secara lestari. Pelajar akan didedahkan kepada aspek reka bentuk landskap, teknologi hijau, pengurusan projek dan penyeliaan tapak, selari dengan keperluan industri landskap awam dan swasta masa kini.

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Akademik
* Lulus STPM dengan mendapat minimum (NGMP 2.0) DAN lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan mendapat kredit dalam mata pelajaran Metametik ATAU * Lulus Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya minimum PNGK 2.00 ATAU * Lulus Diploma Tahap 4, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ATAU * Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia Pelajar Antarabangsa TOEFL dengan skor minimum 550 ATAU IELTS dengan skor minimum 5.0 ATAU Kelayakan lain yang setaraf dengannya Jika tidak memenuhi kriteria di atas, pelajar perlu lulus kursus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Tinggi (PPT).
Syarat Pilihan 1
Lulus Matrikulasi atau Asasi atau STAM

Jenis Sijil/Diploma : Foundation/Matrikulasi/Asasi
Mempunyai Matrikulasi atau Asasi Dari Mana-mana IPT
Minimum CGPA : 2

Atau

Jenis Sijil/Diploma : Diploma (Selain Diploma Kemahiran)
Mempunyai Diploma di dalam bidang Dari Mana-mana IPT
Minimum CGPA : 2

Atau

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai STAM Dari Mana-mana sekolah
Minimum CGPA : 2

ATAU
Syarat Pilihan 2
* Lulus STPM dengan mendapat minimum (NGMP 2.0)
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
900 Pengajian Am Wajib C
940 Sejarah Pilihan C
910 Bahasa Melayu Pilihan C

Bil. Mata Pelajaran Pilihan Diperlukan : 1


Tempoh Pengajian
8 Semester

Prospek Kerjaya
Graduan daripada program Bachelor Landscape Management (Hons) akan memiliki ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pengurusan landskap yang membolehkan mereka menceburi pelbagai sektor industri berkaitan. Program ini direka untuk melahirkan tenaga profesional yang mampu memenuhi permintaan industri landskap dan persekitaran hijau negara.

Antara skop kerjaya yang berpotensi bagi graduan program ini termasuk:

Pegawai Landskap
Kontraktor Landskap
Pengurus Nurseri
Pegawai Hortikultur
Pegawai Pertanian
Arkitek Landskap
Perunding
Usahawan
Pensyarah
Eksekutif Syarikat Swasta

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA
Alamat
LOT 2020, AYER PA’ABAS, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Norsyarina binti Hasnul Bhaharin
Telefon
06-5529227
Emel
admin@ucam.edu.my
Laman Web
www.ucam.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman Pembiayaan Pelajaran PTPTN
Biasiswa Yayasan RISDA
*tertakluk kepada syarat