A032-006-3:2022,A032-006-2:2022;-
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyeliaan Operasi Akuakultur Air Tawar merupakan program kemahiran yang memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih dalam melaksanakan pengurusan operasi penternakan ikan air tawar secara terancang, sistematik dan mengikut amalan kerja yang ditetapkan.
Sepanjang mengikuti program ini, pelatih akan mempelajari pelbagai aspek operasi ladang akuakultur merangkumi pengurusan prasarana dan penyelenggaraan ladang, persediaan tempat ternakan, pelaksanaan biosekuriti, pengurusan pemakanan, pengurusan penyakit ternakan, pengurusan kualiti air dan operasi penuaian hasil.
Pelatih turut didedahkan kepada pengurusan kesihatan ternakan, penyeliaan operasi pekerja, kawalan inventori stok ladang, rekod dan dokumentasi serta fungsi pentadbiran ladang.
Pendekatan pembelajaran menggabungkan pengetahuan teori dengan latihan amali bagi membolehkan pelatih mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi operasi ladang sebenar. Program ini sesuai untuk individu yang berminat membina kerjaya dan kemahiran dalam industri penternakan akuakultur air tawar, khususnya dalam bidang operasi dan penyeliaan ladang.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Syarat Umum:
1. Jenis Sijil/Diploma : Sijil
2. Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
3. Minimum CGPA : 0.00
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30