- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
NCS-004:2017;Sijil Latihan Tenaga Pengajar (Train The Trainer)
Kursus Latihan Tenaga Pengajar (Train the Trainer) ini direka untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diperlukan untuk menyampaikan latihan secara berkesan. Kursus ini berpandukan kepada Standard Kompetensi Kebangsaan (National Competency Standard) NCS-004:2017 yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Peserta akan didedahkan kepada prinsip pengajaran dewasa, teknik penyampaian berkesan, kaedah penilaian, dan cara mengendalikan sesi latihan secara profesional, sama ada dalam bentuk fizikal atau digital (blended learning).
Kursus ini bertujuan untuk Membina asas pengetahuan pedagogi dan andragogi yang mantap dalam kalangan tenaga pengajar, melatih peserta untuk merancang, menyampaikan dan menilai latihan dengan pendekatan berkesan, melahirkan jurulatih industri atau tenaga pengajar yang berupaya memenuhi keperluan latihan berasaskan kompetensi (CBT) dan menyediakan persediaan bagi individu yang ingin menjadi jurulatih bertauliah (Certified Trainer) di institusi yang berkaitan.
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dalam konteks latihan kemahiran dan pembangunan sumber manusia, merancang pelan penyampaian latihan berdasarkan kehendak kurikulum atau program latihan yang ditetapkan, mengendalikan sesi latihan secara sistematik dan interaktif menggunakan pelbagai kaedah dan teknologi pembelajaran, melaksanakan penilaian prestasi peserta latihan berdasarkan prinsip pengukuran hasil pembelajaran, menyediakan dokumentasi latihan dan laporan penilaian mengikut keperluan standard kualiti yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi.
Kursus ini dilaksanakan selama 5 hari (40 jam) dan mengandungi 5 Modul umum iaitu:
Modul 1: Plan Adult Learning
Modul 2: Training Need Analysis (TNA)
Modul 3: Design Competency Based Training
Modul 4: Deliver Training
Modul 5: Training Evaluation
Bahasa yang digunakan: Bahasa Melayu & English
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 80