MCU-1-11
Kursus Micro-credential membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai tanpa mengira latar belakang dan pendidikan seseorang, Program Latihan Kemahiran TVET ini mempunyai tempoh latihan jangka pendek serta mempunyai mode perlaksanaan secara sepenuh masa atau separuh masa, boleh dilaksanakan pada hujung minggu mengikut kesesuaian pelatih, Perlaksanaan amali yang flexible memudahkan pelatih membuat pilihan untuk menyertai program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan menawarkan peningkatan kemahiran kepada seseorang individu atau pelatih yang mempunyai minat mendalam dalam menceburi Bidang Kulinari. Kursus ini juga direkabentuk mengikut keperluan industri dan sangat berhubung kait dalam sektor pekerjaan dan juga majikan. Secara tidak lansung kursus ini juga dapat membantu pelatih lebih bersedia dalam memahami aspek-aspek keperluan dalam dapur dan sistem keselamatan yang harus diamalkan. Kursus ini adalah Program terbuka kepada semua golongan individu seperti pelajar, kakitangan kerajaan, suri rumah dan lain-lain. Pelatih akan dinilai dan akan menerima sijil penyata capaian yang membolehkan individu tersebut telah kompeten dalam CU yang telah dilaksanakan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Syarat Umum:
1. Boleh memohon jika tiada Sijil SKM