Kursus TVET
Operasi Latihan Vokasional

I-031-3:2014;-

Pengenalan Kursus

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) adalah sistem persijilan latihan kemahiran yang dikawalselia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seperti yang diperuntukkan oleh National Skills Development Act 2006 (NASDA). Melalui SPKM, Pusat Bertauliah (PB) yang berdaftar dengan JPK dibenarkan menjalankan program latihan kemahiran yang menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran
Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) berdasarkan ketetapan National Occupational Skill Standard (NOSS). Bagi mempastikan program yang dijalankan oleh Pusat Bertauliah memenuhi standard yang ditetapkan, JPK mensyaratkan tenaga pengajar yang dikenali sebagai Pegawai Penilai (PP), mempunyai kelayakan mengajar minima SKM Tahap 3 (SKM3) Operasi Latihan Vokasional atau lebih dikenali sebagai Vocational Training Operation (VTO) yang menggunakan kod NOSS I-031-3:2014. VTO yang merupakan sijil latihan tenaga pengajar adalah syarat tambahan kepada SKM / DKM / DLKM dalam bidang masing-masing yang terlibat. VTO adalah bertujuan mempastikan semua tenaga pengajar mempunyai kemahiran mengajar minima sebelum dilantik menjadi PP. VTO adalah kemahiran asas yang penting bagi seseorang menjadi PP / tenaga pengajar yang berketrampilan. Pada ketika ini, JPK memberi kuasa kepada sejumlah Pusat Bertauliah (PB), kerajaan dan swasta, untuk menjalankan program VTO yang mana sijilnya akan dikeluarkan oleh JPK dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Budiman Dinamik Sdn Bhd melalui Academy For Human Capital (L02174) adalah salah sebuah PB yang dilantik oleh JPK dengan Kod PB L02174 sejak 2010.untuk menjalankan program VTO.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Had Umur
1.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 65


Dan

2. Kelayakan Akademi
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
9 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Pegawai Penilai (PP) bagi di mana-mana Pusat Bertauliah JPK. dan Pusat Bertauliah Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah JPK. Graduan VTO juga ,

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ACADEMY FOR HUMAN CAPITAL
Alamat
NO.14, 14A, 14B, JALAN KOTA RAJA E 27/E, PUSAT BANDAR HICOM, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Khairul Ashraf Bin Zainudin
Telefon
03-51924617
Emel
info@budimandinamik.com
Laman Web
www.budimandinamik.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kerja Kursus: Selama 3 bulan diikuti Intership selama 6 bulan