Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengetahuan asas dan kemahiran teknikal dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan baik pulih sistem penyaman udara domestik satu fasa. Peserta akan didedahkan kepada jenis-jenis penyaman udara, prinsip operasi, penggunaan alat dan peralatan, serta kaedah kerja yang selamat dan mengikut piawaian industri.
Kursus ini sesuai untuk individu yang berminat untuk memulakan kerjaya dalam bidang HVAC (Heating, Ventilation, and Air Conditioning), serta bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran teknikal sedia ada dalam penyaman udara domestik.
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis