Kursus TVET
STRATEGI KANDUNGAN KREATIF DAN IKLAN BERBAYAR

MWA-1-111

Pengenalan Kursus

Pemasaran menggunakan digital platform seperti media sosial sebagai satu platform
terbaik pemasaran masih lagi relevan sehingga kini sebagai pelaburan memulakan
beberapa kempen produk atau servis. Salah satu cara membuat iklan adalah dengan
mengoptimumkan sasaran kepada prospek yang betul dan membuat membelanjakan
bajet iklan dengan bijak akan mendapat pulangan pelaburan yang positif. Tidak kira apa
jenis syarikat atau organisasi yang dijalankan, ia mempunyai pilihan pemasaran yang
bersesuaian dengan syarikat, modal dan kekangan masa peserta.
Kursus ini adalah satu program intensif selama 6 hari yang direka khas untuk individu
yang ingin meningkatkan kemahiran dalam pemasaran digital dan jualan. Program ini
menawarkan peluang untuk mempelajari strategi terkini, penggunaan alat digital yang
relevan, serta teknik jualan moden yang mampu mengubah cara anda menjalankan
perniagaan. Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, peserta akan
didedahkan kepada teori, latihan praktikal, dan kajian kes yang relevan bagi memastikan
pembelajaran yang holistik dan berkesan.
Selain itu, kursus ini turut menyediakan sesi simulasi dan pembentangan strategi untuk
memastikan peserta dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari ke dunia
sebenar. Program ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada kemahiran individu,
tetapi juga menyumbang kepada kejayaan organisasi.
Perlaksanaan program ini membuka peluang dan ruang untuk membantu peserta
ketahui cara iklan berfungsi up to date. Melalui penglibatan dalam program ini sebagai
satu medium untuk melatih dan mengasah bakat dalam melahirkan peserta yang
mengetahui secara praktikal tentang cara mengembangkan strategi pemasaran dan
melaksanakan kempen pengiklanan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Had Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Dan

3. Warganegara
3.1 Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Syarat Tambahan
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
48 Jam

Prospek Kerjaya
Peserta mampu membina strategi pemasaran digital yang relevan dengan trend
terkini.
Peserta dapat menggunakan alat digital seperti media sosial (Meta, Tiktok)
untuk mempromosikan produk/servis.
Peserta memahami teknik jualan moden, termasuk kaedah komunikasi yang
berkesan dan penutupan jualan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Funnel Evo College
Alamat
Level 2-1, Jalan PJU 5/20B, Kota Damansara

Premis tambahan:
76-1,76-2,76-3 & 76-M, Jalan PJU 5/21, The Strand, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
SHARIFFUDIN BIN SAHEDAN
Telefon
018-9064390
Emel
admin@funnelevo.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini mendapat tajaan penuh daripada PERKESO melalui Skim Insurans Pekerjaan (SIP).
https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/insurans-pekerjaan.html