- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
DGF 04
Kurikulum latihan mengambil masa selama 3 tahun 3 bulan dimana peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan pengurusan perolehan bahan mentah, pemantauan operasi pengeluaran makanan, pemantauan pematuhan jaminan keselamatan makanan, pengurusan penyelenggaraan mesin, pengurusan stok dan pengurusan sember manusia.
Peserta mempelajari tatacara penyediaan spesifikasi perolehan bahan mentah, kenalpasti pembekal berpotensi dan proses penerimaan bahan mentah dari pembekal. Peserta juga diajar teknik merancang operasi pengeluaran melibatkan sumber seperti peralatan, bahan mentah, manusia bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan baik. Selain itu, pendedahan berkaitan kawalan kualiti turut didedahkan bagi menjamin keselamatan dan kualiti pengeluaran dengan mamatuhi piawaian badan pensijilan MeSTI, Halal, GMP dan HACCP. Pengurusan penyelenggaraan mesin dan peralatan, sanitasi, kawalan perosak yang teratur turut ditekankan dalam kurikulum latihan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30