Kursus TVET
SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN

G452-002-3:2018,G452-002-2:2018;SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SERVIS DIAGNOSTIK - KENDERAAN RINGAN

GLOBAL INSTITUTE OF STUDIES, NEGERI SEMBILAN

Pengenalan Kursus

Program ini adalah berkaitan dengan bidang industri automotif yang melibatkan kerja-kerja pembaikan dan mengdiagnos kenderaan ringan. Secara umumnya, pelatih akan mendapat latihan dalam kerja-kerja pembaikan dan mengdiagnos kenderaan ringan. Di akhir program ini, pelatih akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori malah juga secara amali serta dapat melihat pelbagai peluang pendedahan dan teknologi semasa dalam industri automotif yang berkaitan.

Dalam program ini, pelatih akan mengikuti latihan secara teori dan amali dalam kerja-kerja berikut;
1. Menyelenggara enjin dan gearbox
2. Membaikpulih enjin
3. Menyelenggara komponen turbo dan supercharger
4. Merombak rawat (overhaul) enjin dan gearbox
5. Merombak rawat sistem pacuan 2 roda dan 4 roda
6. Merombak rawat sistem brek
7. Merombak rawat sistem stereng
8. Merombak rawat sistem gantungan
9. Memasang komponen-kompenan kenderaan
10.Membaik pulih komponen sistem gantungan kenderaan
11. Melakukan kerja alignment roda kenderaan
12. Mengenalpasti kerosakan pada komponen cekam (clutch) dan transmisi kenderaan.
13. Menyelenggara transmisi automatik
14. Mengenalpasti dan menukarganti komponen sistem penghawa dingin kenderaan
15. Mengganti jenis-jenis bearing dibahagian belting dan bahagian tayar kenderaan
16. Persediaan pengemasan bengkel
17. Menyelia penugasan di bengkel.
16. Mengdianos sistem elektronik kenderaan ringan

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
KRITERIA ASAS
Syarat Wajib
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
02
Kriteria Utama
PENDIDIKAN
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
03
Kriteria Utama
HAD UMUR
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40

DAN
04
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
2 Bulan

Prospek Kerjaya
Ketua mekanik, penyelia atau pembantu, juruteknik di kilang, Foreman di kilang, foreman di bengkel, Penjual kenderaan dan alat ganti, membuka bengkel sendiri dan lain-lain lagi.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GLOBAL INSTITUTE OF STUDIES
Alamat
COMPLEX 1, 7465-7470
JALAN BBN 1/1A, PUTRA POINT 1
71800 BANDAR BARU NILAI
NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
MOHD FARID BIN ABU BAKAR
Telefon
06-8500688
Emel
norazura@gis.edu.my
Laman Web
https://gis.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelatih juga berpeluang mendapat pendedahan dalam industri sebenar secara lebih menyeluruh. Disamping itu, teknologi terkini dalam industri automotif turut akan didedahkan kepada pelatih sepanjang mengikuti program ini.