Kursus TVET
DIPLOMA KOSMETOLOGI

DHD

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam asas rawatan perkhidmatan estetik. Program ini turut menerapkan kemahiran dalam bidang yang mencakupi anatomi dan fisiologi manusia, terapi urutan, solekan lanjutan dan terapi khas muka. Selain itu, penumpuan kepakaran dalam bidang yang relevan seperti pentadbiran perniagaan, jualan, pemasaran dan pentadbiran operasi estetik turut diterapkan agar mampu melaksanakan tugas dengan berkesan dalam industri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon mestilah

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1 Pemohon mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Pemohon mestilah lulus SPM dengan 3 kepujian mana- mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu

1. Lulus mata pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Dan

5. Syarat Khusus
5.1

Syarat Umum:
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pergerakan kerja praktikal dan amali
2. Hanya ditawarkan kepada pemohon perempuan sahaja
3. Tidak memakai pendakap gigi


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Juru Kecantikan
Juru Estetik
Jurusolek
Juruteknik Kuku
Terapi Urut
Penasihat Perniagaan Kecantikan
Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL PAGOH
Alamat
JALAN RENCHONG-GOMBANG
Negeri
JOHOR
Penyelaras
ROSLI BIN SHA'BAN
Telefon
013-2342277
Emel
jha5002@moe.edu.my / kvpagoh@gmail.com
Laman Web
bpltv.moe.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-