- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
Kursus Kenderaan Elektrik memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi kenderaan masa hadapan yang semakin berkembang pesat di peringkat global. Kenderaan elektrik (EV) merupakan alternatif yang lebih bersih dan cekap tenaga berbanding kenderaan berasaskan bahan api fosil, sejajar dengan usaha ke arah kelestarian alam sekitar.
Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari:
Asas sistem kenderaan elektrik, termasuk motor elektrik, bateri dan sistem kawalan
Perbandingan antara EV dan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE)
Teknik penyelenggaraan dan diagnostik EV
Isu keselamatan dan pengurusan bateri voltan tinggi
Trend semasa dalam industri EV, termasuk pengecasan dan infrastruktur sokongan
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Memiliki Sijil Profesional GIATMARA atau
2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dari ILKA/ILKS - atau
3. Mempunyai minimum 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang