I561-005-3:2022;OPERASI SENI KULINARI
Program Operasi Seni Kulinari merupakan kursus latihan kemahiran yang memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran praktikal dan teori dalam bidang penyediaan makanan secara profesional. Kursus ini meliputi pelbagai teknik masakan termasuk makanan tempatan, Asia dan antarabangsa, serta aspek penting dalam operasi dapur profesional seperti sanitasi, keselamatan makanan, dan kawalan kos.
Pelatih akan didedahkan kepada persekitaran dapur sebenar serta diberi latihan intensif dalam penyediaan makanan, penggunaan peralatan dapur komersial, pengurusan kerja dapur, dan penyampaian makanan secara estetik mengikut piawaian industri hospitaliti.
Program ini juga membekalkan pelatih dengan kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan, disiplin, komunikasi serta asas keusahawanan bagi membolehkan mereka bekerja atau menjalankan perniagaan dalam industri makanan dan minuman (F&B).
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN [I561-005-2:2022] Atau
Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-2:2012] Atau
Penyedia Makanan [L-041-2] Atau
Penyedia Makanan [L-040-2]