Kursus Gunting Rambut Lelaki ini bertujuan untuk memberikan kemahiran asas dan praktikal dalam bidang dandanan rambut lelaki, merangkumi teknik guntingan moden dan tradisional yang sesuai dengan pelbagai gaya serta keperluan pelanggan.
Peserta akan didedahkan kepada:
Peralatan asas dan penjagaan kebersihan
Teknik asas menggunting rambut (layer, trim, fade, taper)
Gaya potongan popular seperti undercut, crew cut, dan classic cut
Asas mencukur dan merapikan janggut/misai
Etika perkhidmatan pelanggan dan pengurusan ruang gunting rambut
Kursus ini sesuai untuk:
Individu yang berminat menceburi bidang gunting rambut
Belia, penganggur atau mereka yang ingin menjana pendapatan sendiri
Usahawan yang ingin membuka kedai atau servis gunting rambut lelaki
Dengan permintaan yang konsisten dan modal permulaan yang rendah, kemahiran ini mampu menjadi sumber pendapatan yang stabil serta boleh dikembangkan ke arah perniagaan barbershop secara profesional.
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri