Kursus ini direka khas untuk memberikan pengetahuan asas serta kemahiran praktikal dalam pemasangan, penyambungan dan konfigurasi sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan dan pemantauan. Seiring dengan peningkatan keperluan sistem keselamatan di kediaman, premis perniagaan dan institusi awam, kemahiran dalam bidang ini semakin mendapat permintaan tinggi.
Peserta akan didedahkan kepada jenis-jenis sistem CCTV (analog & digital/IP), komponen utama seperti kamera, DVR/NVR, kabel, bekalan kuasa, serta teknik pemasangan yang betul. Latihan juga merangkumi konfigurasi sistem untuk capaian jauh (remote access), asas rangkaian, dan penyelesaian masalah teknikal.
Kursus ini menggabungkan sesi teori dan latihan amali bagi memastikan peserta mampu melaksanakan pemasangan CCTV secara selamat, berkesan dan mengikut keperluan pelanggan atau organisasi.
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri