Kursus ini memberi pendedahan asas kepada peserta tentang pemasangan dan penyelenggaraan penyaman udara domestik jenis satu fasa (1 fasa). Peserta akan belajar mengenal pasti komponen utama sistem penghawa dingin, teknik pemasangan dalaman dan luaran, serta kaedah servis berkala termasuk pengisian gas dan pencucian sistem.
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri