Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dalam teknik kimpalan sambungan kambi Tee menggunakan proses Gas Metal Arc Welding (GMAW), atau lebih dikenali sebagai MIG welding. Proses ini banyak digunakan dalam industri fabrikasi logam, pembinaan, automotif, dan penyelenggaraan struktur keluli kerana kecekapannya, hasil kemasan yang bersih dan kadar pemendapan logam yang tinggi.
Peserta akan diperkenalkan kepada teori asas GMAW, ciri-ciri arka, jenis gas pelindung, parameter kimpalan, dan pemilihan elektrod. Penekanan diberikan kepada penyediaan bahan kerja, teknik posisi mengimpal yang betul, serta kawalan mutu hasil kimpalan pada sambungan bentuk Tee.
Latihan praktikal intensif akan membantu peserta menguasai kemahiran ini dengan menekankan aspek keselamatan, ketepatan teknik dan pematuhan kepada piawaian industri.
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pekerja Industri GIG P-Hailing atau E-Hailing
2. Umur 18 - 70
3. Mempunyai ID P-Hailing atau E-Hailing