Kursus Pasang & Servis Penghawa Dingin Domestik (1 Fasa) memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas dalam pemasangan, penyelenggaraan dan servis unit penghawa dingin jenis satu fasa yang digunakan di kediaman. Peserta akan mempelajari cara pemasangan unit dalaman dan luaran, penyambungan paip, pemeriksaan tekanan gas penyejuk, serta langkah-langkah keselamatan dan penggunaan peralatan yang betul.
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri