Kursus Selenggaraan Motosikal memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penjagaan, pemeriksaan, dan pembaikan komponen utama motosikal seperti enjin, sistem brek, sistem elektrik, dan sistem transmisi. Peserta akan mempelajari prosedur kerja yang selamat dan betul mengikut amalan industri sebenar. Kursus ini sesuai untuk pelajar kemahiran, mekanik muda, atau individu yang berminat memulakan kerjaya dalam bidang penyelenggaraan motosikal. Kemahiran yang diperoleh amat penting bagi memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan selamat, cekap, dan tahan lama.
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Pekerja Industri GIG P-Hailing atau E-Hailing
2. Umur 18 - 70
3. Mempunyai ID P-Hailing atau E-Hailing