Kursus TVET
OPERASI SENI KULINARI

I561-005-3:2022;OPERASI SENI KULINARI - LEVEL 3

DSH ACADEMY, PAHANG

Pengenalan Kursus

Kursus Seni Kulinari merupakan program yang direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang penyediaan makanan dan minuman. Pelajar akan mempelajari gabungan teori dan amali merangkumi kemahiran asas dapur, teknik memasak, penyediaan menu tempatan dan antarabangsa, keselamatan makanan, sanitasi, serta pengurusan operasi dapur mengikut standard industri. Sepanjang pengajian, pelajar turut didedahkan dengan latihan industri bagi meningkatkan pengalaman sebenar di tempat kerja, sekali gus membuka peluang kerjaya sebagai chef, commis chef, baker, pastry chef, usahawan makanan, katering dan pelbagai lagi dalam industri hospitaliti.

Memahami gambaran asas berkenaan untuk pengoperasian seni kulinari.Selain itu, program ini menawarkan kerjaya yang lumayan yang membawa kepada laluan kerjaya yang berbeza bermula dari Penolong Chef sehingga menjadi Chef Eksekutif, Pemilik Restoran,Tenaga Pengajar Kulinari dan sebagainya.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon perlu berumur:

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib

Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-2:2012] Atau

Penyedia Makanan [L-041-2] Atau

Penyedia Makanan [L-040-2] Atau

PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN [I561-005-2:2022]

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Kulinari berpeluang membina kerjaya dalam industri makanan, minuman dan hospitaliti sebagai Commis Chef, Demi Chef, Chef de Partie, Pastry Chef, Baker, Kitchen Supervisor atau Catering Supervisor di hotel, restoran, resort, syarikat katering, kapal persiaran dan industri pemprosesan makanan. Selain itu, graduan juga boleh menceburi bidang keusahawanan dengan mengusahakan restoran, kafe, bakeri atau perniagaan katering. Dengan pengalaman dan latihan lanjutan, graduan berpeluang meningkatkan kerjaya ke jawatan yang lebih tinggi dalam industri kulinari.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
DSH ACADEMY
Alamat
A11, A13 & A15 Lorong Pandan Perdana 1/2, 25150 Kuantan, Pahang
Negeri
PAHANG
Penyelaras
YUSMANISAH BINTI YUSOH
Telefon
0169885634
Emel
zaidi@dsh.academy
Laman Web
www.dsh.academy

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Permohonan pembiayaan PTPK disediakan kepada pelajar yang layak, tertakluk kepada syarat dan kelulusan semasa.