- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
Kursus Operasi Pembuatan Perabot memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dalam bidang penghasilan perabot kayu secara profesional. Pelatih akan didedahkan kepada kemahiran asas dan lanjutan dalam membaca pelan, memilih bahan, menggunakan mesin dan peralatan bengkel serta membina perabot mengikut spesifikasi teknikal dan kehendak pelanggan.
Kursus ini menekankan aspek keselamatan kerja, ketepatan teknikal, kawalan kualiti serta kerja amali sebenar di bengkel. Peserta juga akan mempelajari asas pengurusan kerja, penyeliaan tapak, dan penyediaan dokumentasi projek untuk keperluan industri.
Melalui pendekatan teori dan amali, kursus ini melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang mampu memenuhi keperluan sektor perabot, pertukangan, pembinaan dan pembuatan berasaskan kayu.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis