- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
Kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman Tahap 3 direka khusus untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berkeupayaan menghasilkan rekaan dalaman yang kreatif, berfungsi dan profesional. Peserta akan dilatih dalam penyediaan pelan rekaan lengkap, pemilihan bahan, pemahaman konsep ergonomik, serta penyediaan pembentangan rekaan menggunakan perisian grafik dan visualisasi 3D.
Kursus ini membina kemahiran lanjutan dalam bidang reka bentuk dalaman, termasuk pengurusan projek, penyeliaan kerja tapak dan komunikasi bersama klien. Pelatih akan menjalani latihan teori dan praktikal secara intensif, serta didedahkan kepada keperluan industri sebenar bagi memenuhi permintaan pasaran kerja.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60