- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
Kursus Lukisan Pelan Senibina merupakan satu program latihan kemahiran yang memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta dalam bidang lukisan teknikal berkaitan senibina. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan individu yang mahir dalam menghasilkan lukisan pelan bangunan seperti pelan lantai, keratan rentas, pandangan hadapan, serta lukisan terperinci menggunakan perisian komputer dan juga teknik lukisan tangan.
Peserta akan diperkenalkan kepada asas-asas rekabentuk bangunan, simbol-simbol teknikal, penggunaan skala, serta piawaian dalam industri pembinaan. Di samping itu, kursus ini juga menekankan aspek ketepatan, kreativiti, dan pematuhan kepada garis panduan teknikal dan undang-undang yang berkaitan dengan kerja-kerja senibina.
Kursus ini amat bersesuaian bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang pembinaan, senibina dan rekabentuk, serta sebagai landasan untuk melanjutkan pelajaran atau kerjaya dalam industri berasaskan rekabentuk bangunan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 50
Syarat Umum:
1.