Kursus TVET
OPERASI PEMESINAN

C259-006-2:2020;-

Pengenalan Kursus

Kursus operasi pemesinan adalah memberi latihan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam mempelajari kaedah serta teknik membuat pelbagai alat mekanikal dan alat ganti berasaskan logam dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, mesin canai dan mesin larik. Selain itu, pelajar juga akan diajar untuk membaca dan memahami pelan (Blueprint), penggunaan alat pengukuran, alat perkakasan mesin yang sesuai untuk sesuatu benda kerja. Pelajar juga akan didedahkan dengan aspek keselamatan dalam bengkel serta penggunaan mesin-mesin tersebut.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1 PMR,PT3 dan SPM

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2 16 Tahun hingga 35 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Atau

1.3 Mempunyai Sijil PMR, PT3 dan SPM

Syarat Umum:
1. Boleh Membaca , Menulis dan Mengira, Tiada Rekod jenayah


Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelajar lepasan kursus Operasi Pemesinan berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti Juruteknik Pemesinan, Perekabentuk Mekanikal, Kawalan Kualiti, Manufacturing, Maintenance dan penyelenggaraan mesin.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KEMAHIRAN PERAK (PESDC)
Alamat
PESDC TRAINING COMPLEX, JALAN JOHAN 2/2, KAWASAN PERINDUSTRIAN PENGKALAN 2,
Negeri
PERAK
Penyelaras
MOHAMAD FAIZUZIE BIN MAT ZIN
Telefon
05-3668869
Emel
info@pesdc.edu.my
Laman Web
www.pesdc.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelajar lepasan kursus Operasi Pemesinan tahap 2 ini boleh melanjutkan pegajian ke peringkat yang lebih tinggi dimana-mana institut dibawah JPK yang menawarkan tahap yang lebih tinggi.