Kursus TVET
PEMBUATAN PASTRI

HT-014-2:2011

Pengenalan Kursus

Program Pembuatan Pastri ini memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran dan teknik amali secara menyeluruh dan profesional.

Sepanjang program, pelatih akan didedahkan dengan pelbagai teknik pembuatan pastri dan kek yang menepati standard industri.
Latihan yang diberi bertujuan untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdisiplin, serta berdaya saing dalam pasaran kerja, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Berumur 15 hingga 45 tahun
1.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45


Dan

2. Syarat kelayakan
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

3. Individu yang tidak memiliki sebarang sijil akademik masih layak untuk memohon, sekiranya mempunyai minat dalam bidang pastri dan kulinari. Pemohon daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), individu berkeperluan khas intelektual, serta golongan lain yang berkaitan juga boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
3.1

Syarat Umum:
1. Boleh mengurus diri dan menggunakan peralatan dapur bagi pemohon pelatih Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI).


Dan

4. Warganegara
4.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. Syarat Tambahan
5.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
9 Bulan

Prospek Kerjaya
Program ini membuka laluan kerjaya yang luas dan dinamik dalam industri makanan dan hospitaliti. Antara prospek kerjaya yang ditawarkan termasuk:

Industri Perhotelan dan Restoran
Peluang untuk menceburi kerjaya dalam sektor restoran, hotel, resort, serta kapal persiaran bertaraf antarabangsa.

Kepakaran dalam Pastri dan Bakeri
Pelatih berpeluang meningkatkan kemahiran dalam pembuatan kek dan pastri serta berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pembantu Penyediaan Makanan khusus dalam produk pastri dan bakeri.

Kejayaan Sebagai Usahawan
Membuka peluang untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang makanan dan minuman, termasuk produk bakeri, makanan ringan, atau katering.

Tenaga Pengajar Profesional
Peluang untuk menjadi tenaga pengajar dalam institusi latihan kemahiran atau pusat kulinari.

Pakar Gaya Hidangan dan Media Sosial
Potensi untuk menjadi penggaya makanan profesional, penulis blog, atau pempengaruh media sosial dalam niche makanan dan kulinari/pastri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ASIAN TOURISM INTERNATIONAL COLLEGE
Alamat
KOLEJ ATI
LEVEL 4 & LEVEL 6, BLOK C, BANGUNAN UCSF, JALAN SANZAC SEMBULAN,
88100 KOTA KINABALU, SABAH.
Negeri
SABAH
Penyelaras
Sharifah Normalah bt Nurahim
Telefon
088253731
Emel
admin@ati.edu.my
Laman Web
www.ati.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1.) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Pinajaman

1.) Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Tempoh Latihan di Pusat Bertauliah