DCF
Program Diploma Teknologi Fesyen Kreatif direka khas untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, malah berpengetahuan luas dalam aspek teknikal, teknologi serta budaya dalam industri fesyen tempatan dan global. Program ini memberi penekanan kepada penerokaan idea-idea kreatif, penguasaan kemahiran teknikal, serta penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan penghasilan pakaian.
Sepanjang LIMA semester pengajian di institusi dan satu semester latihan industri, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jenis kursus yang merangkumi himpunan pengetahuan yang terbahagi kepada kajian rekaan (design study), lukisan & ilustrasi fesyen (drawing & illustration), penghasilan pola dan pakaian (pattern & garment construction), kajian tekstil (textile study), serta teknologi yang berkaitan industri fesyen.
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | Aktif | |
| 1249 | SEJARAH | Wajib | E | Aktif |
| Kod Mata Pelajaran | Mata Pelajaran | Wajib/Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|
| 910 | Bahasa Melayu | Wajib | C |
Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki [C141-001-3:2017] Atau
OPERASI TEKNIKAL PEMBUATAN PAKAIAN KANAK-KANAK [C141-007-3:2023] Atau
OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA [C141-005-3:2021] Atau
REKABENTUK & PENYEDIAAN POLA PAKAIAN [TA-021-3:2014]
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30