C259-008-3:2022;PROGRAM : PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI
Kursus Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai (lebih dikenali sebagai SMAW atau Shielded Metal Arc Welding / Kimpalan Arka Elektrod Terbungkus) adalah program latihan teknikal yang melatih peserta menguasai teknik penyambungan logam menggunakan arka elektrik. Mempelajari jenis-jenis logam, kod elektrod dan keselamatan bengkel. Teknik memotong, mencanai (grinding), dan membersihkan logam sebelum dikimpal. Digunakan secara meluas dalam industri pembinaan berat, perkapalan, struktur keluli, dan penyelenggaraan kilang.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis