ET-012-3:2012;Pendidikan Prasekolah
Kursus ini menyediakan pembelajaran atau latihan secara teori dan amali berkaitan tugas-tugas rutin dalam menggendalikan operasi disesebuah prasekolah atau TADIKA. Pelatih akan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkaitan perkara berikut;
1. Pengendalian aspek kebersihan, kesihatan dan kawalan keselamatan.
2. Pembelajaran dan pengajaran di prasekolah atau TADIKA.
3. Penggendalian tingkahlaku kanak-kanak.
4. Penilaian dan pentaksiran ke atas kanak-kanak di prasekolah atau TADIKA.
5. Pengurusan dan penyediaan kelas di prasekolah atau TADIKA.
6. Pengendalian aktiviti luar prasekolah atau TADIKA.
7. Hubungan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti di prasekolah atau TADIKA.
8. Pengendalian kanak-kanak keperluan khas.
9. Aspek pemakanan kanak-kanak di prasekolah atau TADIKA.
Pelatih juga akan diberi pengalaman dalam penggendalian rutin operasi sebenar di sesebuah prasekolah atau TADIKA melalui program latihan industri setelah pelatih selesai pembelajaran teori dan amali di Pusat Bertauliah. Pendedahan industri turut diberi dari masa ke semasa merujuk kepada modul kompetensi yang dipelajari bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelatih.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40