MC-091-2:2016
Program Sijil Kejuruteraan Automasi Industri (Perkhidmatan) ialah yang menyediakan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam teknologi penyelenggaraan industri yang bermula dari asas kejuruteraan dan prinsip pengkhususan serta pengetahuan lain yang berkaitan dengan revolusi industri 4.0. Program ini menawarkan latihan yang merangkumi penilaian melibatkan operasi serta penyelenggaraan seperti kren, lif (elevator), tangga gerak (escalator) yang menggunakan sistem kawalan teknologi terkini. Pelajar akan menguasai kemahiran dalam bidang selenggara sistem automasi, robotik dan Internet of thing (IOT). Selain itu juga pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan yang melibatkan mekanikal, elektrikal, elektronik, pengaturcaraan kawalan asas dan fabrikasi yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu memperolehi pelbagai kemahiran (multiskill). Penubuhan sistem automasi industri telah menstabilkan pengeluaran yang sebelum ini bergantung kepada tenaga kerja manusia yang tidak menentu. Dengan sistem automasi, keupayaan dalam mengekalkan piawaian pengeluaran disebabkan oleh penghapusan keletihan dan faktor emosi dalam sistem itu sendiri. Komponen program ini menerapkan elemen pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah bagi melahirkan graduan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melengkapkan profesion.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis