Kursus TVET
Penyeliaan Operasi Suntikan Acuan Plastik

MC-101-3:2015

KOLEJ KEMAHIRAN MAX, MELAKA

Pengenalan Kursus

1) Kursus modul ini direka adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelatih mengenai Operasi Suntikan Acuan Plastik. Ianya merangkumi proses pra-pengeluaran acuan suntikan, penyediaan acuan suntikan, penyediaan mesin suntikan, pemasangan acuan ke mesin, pemasangan peralatan tambahan ke mesin, dan penurunan acuan dari mesin.

2) Ia juga memperkenalkan konsep pembelajaran tentang kerja-kerja penyelenggaraan acuan, serta proses pemasangan dan penurunan acuan dari mesin.

3) Antara faedah lain yang akan diperolehi melalui kursus ini adalah seperti berikut :-

i) Pelatih akan dapat mengetahui tentang jenis-jenis acuan.
ii) Pelatih dapat mengenali jenis-jenis mesin suntikan.
ii) Pelatih akan menjadi lebih mahir dalam menyelenggara acuan.
iii) Pelatih dapat mengetahui proses pemasangan dan penurunan acuan dari mesin mengikut turutan yang betul.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib

Operasi Suntikan Acuan Plastik [MC-101-2:2015] Atau

Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik) [PG-030-2] Atau

Operator Pengeluaran Plastik Kanan-”Injection Moulding” [J-010-2]

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Had Umur Pemohon
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Kewarganegaraan
Syarat Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
3M
Syarat Wajib
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
1) Senior Technician 2) Production Supervisor/Line Leader 3) Maintenance Supervisor/Leader 4) QC Inspector 5) Warehouse Supervisor

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN MAX
Alamat
NO. 78 & 78-1, JALAN TU 40
TAMAN TASIK UTAMA
75450 MELAKA TENGAH, MELAKA.

PREMIS TAMBAHAN:
NO 74 & 74-1, JALAN TASIK UTAMA 40, TAMAN TASIK UTAMA,
Negeri
MELAKA
Penyelaras
NUR LYANA BINTI NASIR
Telefon
06-2406955
Emel
plkmax@live.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman Yuran Kursus 100% oleh PTPK
Elaun sara hidup (ESH) RM400 - RM800/bulan
Pinjaman Pembelian Komputer (bagi pelatih Diploma sahaja)
Pinjaman Pengangkutan RM1000 (Sabah & Sarawak) & RM500 (Semenanjung)
Diploma/Sijil dianugerahkan oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) dibawah KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Penempatan Pekerjaan selepas Kursus
Asrama untuk pelajar luar kawasan