F432-005-2:2019;PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK-SATU FASA
Latihan kemahiran selama 12 bulan ini bertujuan untuk melengkapkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran melakukan pemasangan dan pendawaian elektrik-satu fasa.
Latihan kemahiran ini memberi pengetahuan dan kebolehan kepada pelatih tentang cara pendawaian litar elektrik untuk bangunan. Pelatih akan memperoleh pengetahuan dan keselamatan elektrik, litar elektrik dan peranti pelindung serta mempelajari cara membuat pendawaian pada aplikasi bangunan.
Pada akhir latihan kemahiran, pelatih seharusnya dapat melaksanakan pelbagai jenis pendawaian satu fasa, pemeriksaan dan penyelenggaraan pendawaian. Pelatih akan mengenalpasti peluang pekerjaan yang boleh menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45