F432-005-2:2019;-
Program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa ini bakal memberikan pendedahan
mengenai teori dan amali reka bentuk pemasangan & pengujian elektrik. Silibus yang dimuatkan ialah
mengenai peraturan/ akta-akta elektrik/ penggunaan alat uji, sistem pendawaian, pembumian dan
perlindungan litar, pengujian dan perancangan pendawaian bagi elektrik satu fasa. Selain itu pelatih akan
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pendawaian elektrik satu fasa domestik dan industri,
pemasangan dan selenggaraan sistem elektrik, pemasangan dan kawalan motor elektrik. Modul latihan
adalah berasaskan kepada Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Suruhanjaya Tenaga yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bersama pihak Industri
Malaysia.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35