Kursus TVET
PERKHIDMATAN TERAPI KECANTIKAN DAN ESTETIK

S960-002-3:2020,S960-002-2:2020,S960-002-1:2020;SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) PERKHIDMATAN ESTETIK

Pengenalan Kursus

Program Perkhidmatan Estetik bertujuan untuk melahirkan individu yang kompeten dalam menyediakan perkhidmatan kecantikan berkualiti tinggi, selaras dengan keperluan industri kecantikan yang semakin berkembang. Program ini merangkumi pelbagai modul yang memberikan pendedahan mendalam kepada pelatih, termasuk penjagaan kulit, rawatan wajah, solekan profesional, rawatan badan dan penggunaan teknologi estetik terkini seperti mesin terapi kulit.

Selain kemahiran praktikal, pelatih juga akan didedahkan kepada aspek teori yang penting, seperti memahami anatomi dan fisiologi, mengenalpasti jenis dan keadaan kulit, serta kaedah merumuskan rawatan yang sesuai. Penekanan diberikan kepada amalan kebersihan, keselamatan, dan pengurusan peralatan dengan betul untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi piawaian tertinggi.

Program ini turut melatih peserta dalam aspek komunikasi dan perkhidmatan pelanggan yang berkesan, membolehkan mereka membina hubungan baik dengan pelanggan dan memahami keperluan mereka dengan lebih mendalam. Melalui amalan etika profesional, pelatih juga diajar untuk menunjukkan sikap positif, menjaga kerahsiaan pelanggan, dan memberikan perkhidmatan yang selesa serta memuaskan.

Dengan gabungan pengetahuan teori, kemahiran praktikal dan nilai profesionalisme, program ini memberikan laluan kerjaya yang luas dalam industri kecantikan dan pelatih akan bersedia untuk bekerja di salun kecantikan, spa, pusat estetik, atau memulakan perniagaan sendiri serta menjadikan mereka tenaga kerja yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Berumur antara 15-35 tahun Kebolehan membaca, menulis dan mengira Warganegara Malaysia Sihat Fizikal dan Mental Minat dengan program yang dipohon Kelulusan SPM/STPM TIDAK diperlukan
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Kelayakan Akademik

Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Kelayakan Umur
4.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35


Dan

5. Kelayakan Kesihatan
5.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
Pengajar TVET, Beauty Therapist, Aesthetic Therapist, Manicurist/Pedicurist, Beauty Consultant, SPA Therapist, Beauty Product & Equipment Suppliers, Beauty Product Promoter, Beauty Trainer & Beauty Advisor & Supervisor

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI TVET UNIRAZAK
Alamat
195A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORHAFIZA BINTI ZAHARUDDIN
Telefon
603 2730 7028
Emel
tvet@unirazak.edu.my
Laman Web
https://unirazak.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kurikulum Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK)
Penempatan Pekerjaan (T&S) & Kaunseling Kerjaya
Pendekatan Amali Diutamakan
Latihan Industri Diuruskan