Kursus TVET
Pentadbiran Pejabat

N821-001-3:2020;-

Pengenalan Kursus

Kursus Sijil Tahap 3 Pentadbiran Pejabat (N821-001-3:2020) merupakan program latihan kemahiran yang bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan dan operasi pentadbiran pejabat. Kursus ini disusun berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) dan diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan dokumen pejabat, pengendalian peralatan pejabat, komunikasi organisasi, pengurusan sumber manusia asas serta penyelarasan operasi harian pejabat.

Pembiayaan penuh disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada semua pelajar yang layak. Skim pembiayaan ini merangkumi yuran latihan, elaun sara hidup, pengangkutan serta pembekalan laptop bagi pelajar di peringkat Diploma. Kemudahan ini membolehkan pelajar memberi tumpuan penuh terhadap pembelajaran tanpa beban kewangan.

Pelajar juga disediakan penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan telah mendapat kelulusan lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menjamin keselesaan serta keselamatan sepanjang tempoh pengajian.

Setelah tamat kursus dan lulus penilaian, pelajar akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf di peringkat kebangsaan. Graduan juga berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang berkaitan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Pendidikan
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Atau

1.3

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45


Atau

1.4
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
14 Bulan

Prospek Kerjaya
Lulusan Kursus Sijil Tahap 3 Pentadbiran Pejabat mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO). Antara jawatan yang boleh diceburi termasuklah:

🔹 Pembantu Tadbir / Kerani Am
🔹 Pembantu Pentadbiran
🔹 Setiausaha Pejabat (Junior Level)
🔹 Pembantu Sumber Manusia
🔹 Eksekutif Sokongan Pejabat
🔹 Pegawai Khidmat Pelanggan
🔹 Pembantu Kewangan Pejabat
🔹 Penyelaras Operasi Pejabat
🔹 Pembantu Perolehan & Inventori

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SMART INTERNATIONAL COLLEGE
Alamat
NO. 25-3 & NO. 43B, JALAN NOVA N,
U5/N SUBANG BESTARI,
SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR.

PREMIS TAMBAHAN:
NO. 6-2 & NO. 20-3, JALAN NOVA N,
U5/N SUBANG BESTARI,
SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NOOR HASYIKIN BINTI PISON
Telefon
0378314037
Emel
smartbizzsb@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pembiayaan PTPK disediakan