MCU-1-11
Pengenalan Kursus Sijil Micro-credential (Modular) – Pengurusan Kewangan Pejabat (N821-001-3:2020-C02)
Kursus ini merupakan sebahagian daripada program modular di bawah Persijilan Modular Pentauliahan yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Modul ini memberi tumpuan kepada kemahiran asas dalam Pengurusan Kewangan Pejabat, termasuk pengendalian aliran tunai, rekod kewangan, serta prosedur perolehan dan pembayaran dalam organisasi pejabat.
Latihan ini dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memberi peluang kepada pelatih mendapatkan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.
Selepas tamat modul ini, pelatih layak untuk menyambung latihan dalam modul-modul lain yang berkaitan di bawah program penuh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Pentadbiran Pejabat (N821-001-3:2020). Ini membuka peluang kepada pelatih untuk melengkapkan keseluruhan program secara berperingkat mengikut kemampuan dan keperluan individu serta pasaran kerja.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis