HT-090-2:2012;-
Kursus Dandanan Rambut yang ditawarkan di APT Hair & Beauty College direka khas untuk melahirkan tenaga mahir dalam industri dandanan rambut yang semakin berkembang pesat. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan teori yang merangkumi teknik asas hingga lanjutan seperti memotong, mencuci, mewarnakan, mengerinting, meluruskan serta memberi rawatan rambut mengikut keperluan pelanggan.
Pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan tentang penjagaan kulit kepala, penggunaan produk profesional, serta amalan keselamatan dan kebersihan di salon. Program ini selari dengan keperluan industri dan menggunakan silibus yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman serta latihan praktikal di salon profesional APT, pelajar akan bersedia untuk memulakan kerjaya dalam bidang dandanan rambut atau membuka salon sendiri selepas tamat pengajian
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis