Kursus TVET
TEKNIK PENGHASILAN KEK

MWA-1-111

SINCERE SKILLS ACADEMY, SABAH

Pengenalan Kursus

Program SKM Micro Credential yang dirujuk dalam kod HT-014-2:2011 adalah satu program latihan yang khusus dalam bidang Pembuatan Pastri atas modul Penyediaan dan Penghiasan Kek.

Pelatih akan diajar mengenai pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar penyediaan dan pembuatan produk pastri dan bakeri mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas dalam penyediaan pastri.

Modul ini meliputi teknik dan membolehkan pelatih melaksanakan:
⇒Teknik Penyediaan Kek
⇒ Kaedah Penyediaan Kek
⇒ Prosedur Penyediaan Kek

Pelatih akan dapat:
↳ Mengikuti resipi standard kek.
↳ Menggunakan peralatan dan perkakas dengan betul.
↳ Menimbang dan mengukur bahan kek mengikut resipi standard
↳ Menyediakan bahan kek mengikut resepi standard
↳ Menerapkan teknik penyediaan kek
↳ Mengaplikasikan kaedah penyediaan kek

Objektif Kursus:
1. Memberikan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang pembuatan dan penghiasan kek.
2. Meningkatkan kompetensi peserta untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi.
3. Membantu peserta memenuhi standard industri dan meningkatkan peluang kerjaya dalam bidang penyediaan, pembuatan dan penghiasan kek.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan MInimum
Syarat Wajib
Kelayakan Akademik

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Syarat Umur
Syarat Wajib
Had Umur

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55

DAN
03
Kriteria Utama
Status Kewarganegaraan
Syarat Pilihan 1
Warganegara Malaysia Sahaja
ATAU
Syarat Pilihan 2
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
kelebihan bagi:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
2 Minggu

Prospek Kerjaya
1. Chef Pastry
2. Cake artist
3. Pembuat Kek
4. Pemilik Cafe
5. Perancang Cafe
6.Pengurus Bakeri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SINCERE SKILLS ACADEMY
Alamat
LOT H3-3, BLOK H, LINTAS JAYA UPTOWNSHIP, JALAN LINTAS KEPAYAN HIGHWAY, PENAMPANG, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
NARSHIELA BINTI MUDASSIR
Telefon
0162421737
Emel
sincereskillacademy@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pengiktirafan formal dalam bidang pastri melalui latihan yang terstruktur dan berpandukan standard industri.