Kursus TVET
TEKNIK MENGHIAS KEK

MWA-1-111

Pengenalan Kursus

Program SKM Micro Credential yang dirujuk dalam kod HT-014-2:2011 adalah satu program latihan yang khusus dalam bidang Pembuatan Pastri atas modul Penyediaan dan Penghiasan Kek.

Pelatih akan diajar mengenai pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar penyediaan dan pembuatan produk pastri dan bakeri mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas dalam penyediaan pastri.

Modul ini memberi tumpuan kepada teknik asas hiasan pelbagai jenis kek da membolehkan pelatih untuk:
- Menentukan jenis kemasan & hiasan produk kek.
- Memilih bahan & bahan mentah untuk kemasan serta hiasan kek.
- Mengaplikasikan teknik glazing, isian & topping produk kek mengikut arahan standard
- Menentukan jenis kemasan & hiasan produk kek
- Memaparkan & membungkus produk kek mengikut keperluan.

Objektif Kursus:
1. Memberikan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang pembuatan dan penghiasan kek.
2. Meningkatkan kompetensi peserta untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi.
3. Membantu peserta memenuhi standard industri dan meningkatkan peluang kerjaya dalam bidang penyediaan, pembuatan dan penghiasan kek.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan MInimum
1.1 Kelayakan Akademik

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Syarat Umur
2.1 Had Umur

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55


Dan

3. Status Kewarganegaraan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Atau

3.2
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

4. Syarat Tambahan
4.1 kelebihan bagi:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
1 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Chef Pastry
2. Cake artist
3. Pembuat Kek
4. Pemilik Cafe
5. Perancang Cafe
6.Pengurus Bakeri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SINCERE SKILLS ACADEMY
Alamat
LOT H3-3, BLOK H, LINTAS JAYA UPTOWNSHIP, JALAN LINTAS KEPAYAN HIGHWAY, PENAMPANG, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
NARSHIELA BINTI MUDASSIR
Telefon
0162421737
Emel
sincereskillacademy@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pengiktirafan formal dalam bidang pastri melalui latihan yang terstruktur dan berpandukan standard industri.