Kursus TVET
VARIOUS CAKES MAKING & GARNISHING

MCU-1-11

SINCERE SKILLS ACADEMY, SABAH

Pengenalan Kursus

Program SKm Micro Credential yang dirujuk dalam kod HT-014-2:2011adalah satu program latihan yang khusus dalam bidang Pembuatan Pastri atas modul Penyediaan dan Penghiasan Kek.

Modul ini mengajar peserta cara memberikan penyediaan dan penghiasan kek bertujuan untuk menghasilkan produk kek. Personel yang kompoten dalam modul ini harus mampu melaksanakan penyediaan dan hiasan pelbagai jenis kek, kemasan produk, dan paparan produk akhir bagi memenuhi kualiti dan kuantiti yang ditetapkan.

Modul ini meliputi teknik dan membolehkan pelatih melaksanakan:
- Mengenal pasti keperluan penyediaan kek.
- Menyediakan mise en place untuk penyediaan kek
- Melaksanakan penyediaan kek
- Melaksanakan kemasan produk kek
- Memeriksa kualiti dan kuantiti produk kek
- Menghias kek dengan teknik yang betul
- menghasilkan laporan aktiviti penyediaan kek

Objektif Kursus:
1. Memberikan pengetahuan da kemahiran praktikal dalam bidang pembuatan da penghiasan kek.
2. Meningkatkan kompetensi peserta untuk menyediakan produk yang berkualiti.
3. Membantu peserta memenuhi standard industri dan meningkatkan peluang kerjaya dalam bidang penyediaan, pembuatan dan penghiasan kek.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan MInimum
Syarat Wajib
Kelayakan Akademik

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Syarat Umur 18 hingga 66
Min. 18 Max 66
Syarat Wajib
Had Umur 18 hingga 65

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 66

DAN
03
Kriteria Utama
Status Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
kelebihan bagi:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
4 Minggu

Prospek Kerjaya
1. Chef Pastry
2. Cake artist
3. Pembuat Kek
4. Pemilik Cafe
5. Perancang Cafe
6.Pengurus Bakeri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SINCERE SKILLS ACADEMY
Alamat
LOT H3-3, BLOK H, LINTAS JAYA UPTOWNSHIP, JALAN LINTAS KEPAYAN HIGHWAY, PENAMPANG, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
NARSHIELA BINTI MUDASSIR
Telefon
0162421737
Emel
sincereskillacademy@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pengiktirafan formal dalam bidang pastri melalui latihan yang terstruktur dan berpandukan standard industri.