HT-023-3:2012;-
Kursus Pemandu Pelancong ini adalah kursus khas untuk individu yang ingin mendapatkan 'lesen' sebagai Pemandu Pelancong Malaysia.
Bagi individu yang ingin bekerja sebagai pemandu pelancong Malaysia, mereka wajib mendapatkan lesen dengan menyertai kursus pemandu pelancong tahap 3, dengan Institute Latihan Pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan, seni & budaya (MOTAC) / Pusat Bertauliah JPK. Peserta wajib mengikuti kursus ini selama 500 jam kredit, kemudian menduduki penilaian PPL dengan JPK dan seterusnya menduduki peperiksaan akhir bersama Kementerian Pelancongan Seni & Budaya (MOTAC).
Sesi pengambilan bagi kursus ini adalah mengikut takwim dari MOTAC, iaitu 3 kali setahun mengikut sesi peperiksaan (April, Ogos dan Disember).
Mod pembelajaran bagi kursus ini adalah teori 30% dan praktical 70%, dan kelas fizikal adalah 80% manakala kelas online adalah 20% sahaja.
Latihan praktikal dan lawatan akan diadakan sepanjang kursus ini dijalankan.
Sesi pembelajaran bagi akan diadakan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 100