Kursus TVET
Perkhidmatan Operasi Seni Kulinari

HT-012-4:2011;PERKHIDMATAN PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN - TAHAP 4 (DKM)

Pengenalan Kursus

Kursus/ Program dikenali juga sebagai Perkhidmatan Operasi Seni Kulinari (Culinary Arts Operation Services ) dengan tugasan kerja merangkumi Pentadbiran,Perkhidmatan dan Penyeliaan dalam industri Perhotelan disebut sebagai Assistant Chef, Head Chef, Chef de Partie, Sous Chef. Diakhir kursus/program pelatih akan dianugerahkan dengan SKM Tahap 4 atau dikenali Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Kemasukkan kepada kursus Tahap 4 ini hendaklah mempunyai SKM Tahap 3 bidang berkaitan yang setara.

Modul pembelajaran merangkumu aspek penyeliaan dan pengurusan dalam aktiviti dapur iaitu pelatih terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja teknikal dan profesional yang luas skop yang mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi dimana lazimnya bertanggungjawab terhadap kerja orang lain dan agihan sumber iaitu pemantauan kebersihan dan kesihatan ditempat kerja dan diri, pembangunan menu, pemantauan pengeluaran makanan harian, pemantauan kualiti makanan, pemantauan kos bahan mentah, pembangunan staf dapur serta pemantauan penyelengaraan peralatan dapur.

Modul Pembelajaran merangkumi (Merujuk kepada NOSS berkaitan HT-012-4:2012)
✅ CU01 - Food Production Hygiene Safety and Health Administration
✅ CU02 - Menu Implementation
✅ CU03 - Food Production Quality Assurance Monitoring
✅ CU04 - Food Production Cost Control
✅ CU05 - Food Production Daily Operations
✅ CU06 - Food Production Staff Development
✅ CU07 - Kitchen Equipment Maintenance Monitoring

Pelatih program juga dikehendaki menjalani latihan industri (OJT) di hotel-hotel terpilih selama 4 bulan (termasuk dalam tempoh latihan) untuk pendedahan pekerjaan sebenar dan peningkatan kemahiran untuk memenuhi keperluan industri

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Utama (Lulus /Terampil)
1.1

Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-3:2012] Atau

Penyelia/Ketua Seksyen Penyediaan Makanan [L-041-3] Atau

Penyelia/Ketua Seksyen Penyediaan Makanan [L-040-3] Atau

OPERASI SENI KULINARI [I561-005-3:2022]


Dan

2. UMUR
2.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Dan

3. WARGANEGARA
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
15 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya yang boleh diceburi antaranya
- Chef / Head Chef / Sous Chef / Chef De Partie / Cook di industri Perhotelan
- Tukang Masak (Chef), Pembantu Chef di Restoran, Perkhidmatan Ketering
- Pengusaha katering ( Pengurus / Supervisor Katering)
- Usahawan (Perniagaan sektor Makanan & Minuman)
- Tenaga Pengajar / jurulatih bidang Kulinari

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PLP SKILL INSTITUTE
Alamat
NO. 26A, JALAN PERMAI 2, TAMAN PERKOTA, BATU HAMPAR, 75350 MELAKA.
Negeri
MELAKA
Penyelaras
MARZAROTEN BINTI HJ.YAHYA
Telefon
06-2811422
Emel
plpskill@yahoo.com.my
Laman Web
www.plpskill.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
AGENSI PEMBIAYAAN
A) PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK) -
-Pinjaman Yuran Pengajian
-Pinjaman wang saradiri sebanyak RM400-RM800 sebulan sepanjang tempoh latihan

B) Pembiayaan oleh Agency lain - akan dimaklumkan dari masa kemasa

LAIN-LAIN
- Kemudahan Asrama kepada yang memerlukan dengan sewaan yang berpatutan

Sila layari www.plpskill.edu.my dan facebook PLP SKILL INSTITUTE untuk mengetahui aktiviti-aktiviti, info program dan fasiliti yang ditawarkan.

Boleh hubungi juga unit Pendaftaran Pn Nisa - 017-208 6457 Pn Akila - 011-1001 0496 Pn Marza- 012-313 6718 untuk penerangan lanjut