STRUCTURED CABLING WIRING AND DESIGN
MWA-1-112
Pengenalan Kursus
Kursus Structured Cabling, Wiring and Design merupakan program latihan kemahiran yang direka khas untuk memberi pendedahan mendalam tentang pemasangan dan pengujian sistem rangkaian kabel berstruktur serta sistem fiber optik. Dalam tempoh lima (5) hari, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang penting dalam bidang Data Center. Kursus ini melatih peserta dengan kemahiran dalam bidang pendawaian berstruktur yang digunakan dalam pelbagai industri seperti di Bangunan Komersial, Pusat Data & Industri Pembuatan. Pelajari jenis-jenis kabel seperti Twisted-Pair (Cat5e, Cat6, Cat7/Cat8), Fiber Optic dan Coaxial Cable.
Dengan peratusan pembelajaran amali sebanyak 70%, kursus ini menekankan kepada teknik pemasangan dan pengurusan kabel yang cekap, serta penekanan terhadap amalan keselamatan yang perlu diterapkan dalam setiap langkah kerja.
Pada akhir kursus, peserta akan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk mempersiapkan dan melaksanakan pemasangan sistem rangkaian kabel berstruktur dengan berkesan, serta mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan dalam industri. Sijil Profesional yang diperoleh selepas tamat kursus ini bukan sahaja memberikan pengetahuan teknikal yang mendalam, tetapi juga memberi peluang kerjaya bagi peserta untuk memenuhi Transformasi Digital negara.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60
Dan
Dan
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Juruteknik Data Center (Data Center Technician)
Juruteknik Fiber Optik (Fiber Optic Technician)
Pengurus Projek Rangkaian (Network Project Manager)
Penyelia Pemasangan Kabel (Cable Installation Supervisor)
Pereka Rangkaian Kabel (Cabling Designer)
Pengurus Penyelenggaraan Rangkaian (Network Maintenance Manager)
Penasihat Teknikal IT (IT Technical Consultant)
Butiran Penyedia Latihan TVET
SKYPOD SQUARE,
PERSIARAN PUCHONG JAYA SELATAN,
BANDAR PUCHONG JAYA,
Lain-lain Maklumat
- Sijil Pencapaian Program Micro Credential yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
- Sijil Kehadiran (Tamat Latihan)
Fasiliti:
Kami juga mempunyai kemudahan latihan yang lengkap untuk melatih pelajar dalam kursus-kursus yang disebutkan di atas. Peralatan dan alat yang bernilai tidak kurang daripada RM 1 juta sedia digunakan oleh para pelatih.
Elaun:
Disediakan
Penginapan:
Disediakan (Jika Perlu)
TOPIK LATIHAN (TEORI):
PROSEDUR AWAL UNTUK BEKERJA DI TAPAK PROJEK
- Alatan Perlindungan Diri (PPE), Peraturan Keselamatan Ketika Bekerja Di Atas Tiang dan Keselamatan Dalam Pemasangan Kabel Berstruktur
- Pengurusan Risiko Pekerjaan dalam Telekomunikasi
- Peralatan Pemasangan Talian Telekomunikasi
PEMASANGAN RANGKAIAN SISTEM KABEL BERSTRUKTUR
- Ciri-Ciri, Binaan Asas, Jenis-Jenis Kabel Berstruktur (Twisted Pair Copper Cable: Cat5e, Cat6, Cat6A, Cat8 dan Fiber Optic Cable: Single-mode, Multi-mode)
- Komponen Utama dalam Kabel Berstruktur
- Sub-sistem Kabel Berstruktur
- Senarai Peralatan semasa pemasangan
- Pemasangan Voltan Rendah
- Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemasangan
PENDAWAIAN KABEL FIBER OPTIK
- Ciri-Ciri, Binaan Asas, Jenis-Jenis (Singlemode & Multimode) dan Infrastruktur Kabel Fiber Optik
- Sistem Rangkaian Fiber To The Home (FTTH) untuk Pendawaian Dalaman dan Luaran Kabel Fiber Optik
- Kenali Bahan, Alatan dan Kelengkapan pemasangan Kabel Fiber Optik
TOPIK LATIHAN (AMALI):
LAKSANA PRA-PEMASANGAN
- Periksa Pematuhan Prosedur (SOP) Keselamatan
- Periksa Bahan, Peralatan dan Kelengkapan Kerja-kerja Pemasangan
- Isi dan lengkapkan Borang Penilaian Keselamatan Tapak
LAKAR PENDAWAIAN KABEL BERSTRUKTUR
- Lakar Lukisan Skematik dan Lukisan bentangan sambungan Kabel Berstruktur (Fiber Optik dan Kabel LAN)
LAKSANA PENDAWAIAN KABEL FIBER OPTIK
- Sedia Bahan, Peralatan dan Perkakasan Kerja
- Pasang FASC Connector, Sambung Kabel Fiber Optik dan Laksana Pengujian Kabel Fiber Optik
LAKSANA PENDAWAIAN KEBEL LAN
- Sedia Bahan, Peralatan dan Perkakasan Kerja
- Pasang RJ45 dan RJ 11 Connector, Sambung LAN Cable, dan Laksana Pengujian LAN Cable