MC-026-3:2012
Program Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) ini memberikan pelatih pemahaman yang mendalam mengenai teknik kimpalan GTAW yang dikenali sebagai kimpalan yang bersih. Ia menggunakan elektrod tungsten dan gas pelindung seperti argon atau helium. Proses kimpalan ini sangat digemari dalam industri yang memerlukan hasil kimpalan yang berkualiti tinggi, seperti pembuatan aeroangkasa, automotif, dan sebagainya. Selain itu, program ini turut memberi penekanan serta penerangan kepada pelatih tentang aspek keselamatan.
Selepas tamat kursus ini, pelatih akan memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan kimpalan GTAW secara profesional, mengatasi masalah kimpalan yang sering berlaku dan menghasilkan sambungan logam yang berkualiti tinggi serta memenuhi standard industri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45