MC-024-4:2012
Program Diploma Pengurusan Teknologi Kimpalan menyediakan peserta dengan pengetahuan yang mendalam mengenai pelbagai teknik kimpalan serta kemahiran pengurusan yang diperlukan dalam industri kimpalan. Pelatih juga diajar untuk menguruskan projek kimpalan, termasuk aspek perancangan, pengurusan masa, kewangan, sumber, serta memastikan keselamatan dan kualiti dalam setiap kerja kimpalan. Program ini memberi pelatih peluang untuk menguasai peralatan kimpalan terkini dan teknologi dalam bidang ini, sambil mengembangkan kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran kerja yang dinamik. Selain itu, program ini turut memberi penekanan serta penerangan kepada pelatih tentang aspek keselamatan.
Setelah tamat kursus, pelatih akan dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan pengurusan yang diperlukan untuk menguruskan projek kimpalan, memimpin pasukan, dan menyelesaikan masalah yang mungkin timbul dalam operasi kimpalan. Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin mengembangkan kerjaya mereka dalam bidang pengurusan dalam projek kimpalan, menjadi penyelia atau pengurus dalam sektor pembuatan, pembinaan, dan penyelenggaraan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45
Proses Gabungan Kimpalan Arka Gas Tungsten & Kepingan Logam [MC-028-3:2014] Atau
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Gas Logam [MC-025-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten [MC-026-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Arka Berteras Logam [MC-027-3:2012]