PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI
C259-008-3:2022
Pengenalan Kursus
Menawarkan program latihan kemahiran yang berkonsepkan pacuan industri di mana pelatih diberikan latihan dalam persekitaran/suasana industri sebenar. Sistem latihan yang dijalankan dirangka mengikut kehendak/keperluan industri bagi menjamin kebolehpasaran para pelatih.
Program ini juga memberi fokus kepada proses kimpalan arka kepingan logam termasuk penggunaan bahan logam asas yang digunakan dan penentuan bahan gunahabis seperti yang telah ditetapkan. Selain itu, ianya membolehkan para pelatih memahami konsep keselamatan dan kesihatan pekerja semasa menjalankan amali dan penyusunan senarai semak persiapan kerja.
Di akhir kursus, setiap pelatih boleh melakukan kerja-kerja kimpalan termasuk kerja back gouging, mencanai dan mengimpal semula mengikut piawaian yang telah ditetapkan serta mematuhi arahan kerja dan Spesifikasi Prosedur Kimpalan (WPS) yang relevan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Umum:
1. Warganegara Malaysia; DAN
2. Berumur 15 Tahun sehingga 35 Tahun; DAN
3. Tiada Pendidikan Formal Diperlukan; DAN
4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira; DAN
5. Sihat Tubuh Badan. Tiada Masalah Kesihatan Yang Serius; DAN
6. Mempunyai Minat Di Dalam Bidang Kemahiran.
Butiran Penyedia Latihan TVET
JALAN KP SM/3
KAWASAN PERINDUSTRIAN SERI MANJUNG