H501-002-3:2017
Dalam kerjaya sebagai pelaut di atas kapal, Jabatan Kejuruteraan bertanggungjawab ke atas operasi, penyelenggaraan, dan pembaikan sistem pendorong serta sistem sokongan kapal. Jabatan ini memastikan kelancaran operasi enjin, bekalan tenaga, dan sistem penting lain yang berkaitan untuk kegunaan anak kapal, penumpang, dan kargo. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk membaiki dan menyelenggara pelbagai sistem di atas kapal.
Syarat Umum:
1. Umur 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki sahaja)
2. Tidak rabun warna, sihat tubuh badan serta boleh membaca, menulis dan mengira
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis