Kursus TVET
Diploma Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (DKM Tahap 4)

DSPM34

ADTEC JTM KAMPUS KEMAMAN (ADTEC KEMAMAN), TERENGGANU

Pengenalan Kursus

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Operasi Penyelenggaraan Industri [ME-010-3:2012] Atau

Juruteknik Industri [H-100-3] Atau

Operasi Penyelenggaraan Industri [C331-012-3:2020]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
# Maintenance Assistant Engineer
# Maintenance Business Development
# Plant Maintenance Assistant Engineer

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KEMAMAN (ADTEC KEMAMAN)
Alamat
PAYOH, KEMASIK
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
NIK MOHD FARID BIN NIK HASSAN
Telefon
+6098664000
Emel
p.adteckemaman@mohr.gov.my
Laman Web
http://www.adteckmn.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)