HT-014-2:2011
Pembuatan Pastri adalah untuk menghasilkan produk pastri / bakeri mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), resipi standard, keperluan pengeluaran, arahan tetap, Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), Keselamatan Makanan, Amalan Perkilangan Baik (GMP), dan keperluan Halal.
Pelatih akan diajar mengenai pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar penyediaan dan pembuatan produk pastri dan bakeri mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas dalam penyediaan pastri.
Bidang Pembuatan Pastri (HT-014-2:2011) ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk pastri / bakeri melalui pelbagai teknik dan kaedah industri / moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi serta tradisional.
Pelatih yang kompeten dalam bidang Pembuat Pastri ini akan mampu melaksanakan penyediaan dan pembuatan, kemasan produk, dan paparan produk akhir bagi memenuhi kualiti dan kuantiti yang ditetapkan.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Boleh mengurus diri bagi pemohon pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E | Tidak |
| 1449 | MATEMATIK | Pilihan | Matematik | E | Tidak |
Bil. Subjek Pilihan Kategori Terbuka Diperlukan : 1
(Individu yang gagal SPM juga layak untuk memohon kursus ini.)