ET-012-3:2012
Prasekolah merupakan salah satu sistem pendidikan di Malaysia dan ianya disediakan sebagai persediaan awal bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memasuki alam persekolahan. Buat masa ini, Program SKM PRA-Sekolah belum lagi dibangunkan di Sabah dan menjadi salah satu Cabaran bagi PB kami untuk jayakan program ini. Program ini dapat membantu dengan lebih terperinci mengenai bidang PRA-Sekolah di Malaysia. Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35