Kursus TVET
Perkhidmatan Estetik

S960-002-3:2020

Pengenalan Kursus

Kursus Perkhidmatan Estetik adalah untuk mereka yang berminat dalam kecantikan dan memilihnya sebagai laluan kerjaya. Kursus ini direka khusus oleh pakar kecantikan yang terkenal untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran estetika yang menekankan kepada latihan praktikal untuk rawatan muka dan badan. Kursus ini memenuhi keperluan industri kecantikan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan kecantikan dan kemahiran insaniah yang terkandung dalam kurikulum. Setelah memenuhi keperluan kursus, pelatih akan dianugerahkan Sijil Profesional Perkhidmatan Estetik.

Program ini dijalankan secara tahap tunggal mengikut tahap bermula dari tahap 1 sehingga tahap 3. Pembelajaran ini akan mengambil masa lebih kurang 18 bulan. Modul pembelajaran yang disediakan akan membuatkan pelajar lebih bersedia untuk berada di industri setelah tamat pengajian. Pihak kolej juga mempunyai jaringan industri lebih dari 10 industri yang terkemuka di Malaysia.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 16 Tahun (Mnimum) 50 (Maksimum)

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 50


Dan

2. Kelayakan Akademik
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Pengusaha Salon/Spa, Pengurus Salon/Spa, Pengajar Kemahiran, Make-up Artis, Usahawan Kosmetik, Konsultant Kecantikan, Terapi Kecantikan, Juruteknik Kuku

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MAHSA AVENUE INTERNATIONAL COLLEGE
Alamat
Jalan Ilmu, Off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
MAYA KUMUTHA
Telefon
03-79652555
Emel
meliadiana@maic.edu.my
Laman Web
www.maic.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1) Pinjaman Pengajian (PTPK)
- Elaun Sara Diri
- Elaun Pembelian Laptop
- Elaun Perjalanan
2) Asrama
3) Pengajar yang berpengalaman
4) Persekitaran yang menarik
5) Kemudahan infrastruktur yang lengkap
6) Peluang pekerjaan yang banyak