I551-002-3:2017
Kaunter Hadapan merupakan jabatan yang penting yang menghubungkan tetamu dengan pekerja kaunter hadapan pada masa daftar masuk dan apabila tetamu daftar keluar dari hotel. Ia menguruskan fungsi utama seperti:
1. Tempahan, perkhidmatan tetamu dan daftar masuk/daftar keluar.
2. Membantu tetamu mendapatkan maklumat dan sebarang jenis bantuan yang diperlukan semasa mereka tinggal di Hotel.
Jabatan ini penting untuk mencipta tanggapan pertama dimana ianya memastikan kepuasan tetamu, mengurus inventori dan penjanaan hasil hotel, menjadikannya jabatan yang penting kepada operasi dan reputasi hotel.
MODUL
1. Membuat persediaan kehadiran tetamu VIP
2. Mengendalikan ketibaan dan daftar masuk tetamu VIP
3. Mengendalikan operasi Khidmat Tetamu
4. Mengendalikan daftar keluar tetamu VIP
5. Tugas semasa situasi Kecemasan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. 1. Tidak mempunyai masalah kesihatan (Penyakit Kronik/Kritikal/Hepatitis B atau C) / Tiada masalah mental
2. Tidak mempunyai rekod jenayah & Bebas dari pengaruh Dadah.
3. Tidak berdaftar dengan mana-mana penyedia latihan pada masa yang sama
4. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti.
5. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35